Wednesday, March 18, 2009

Sayang dan disayang.

aku sedih....
sedih pasal kawan ku yang paling sporting dan lawak serta bermulut longkang sudah berpunya...lepas ni dah tentu tak boleh buat lawak yang bukan2 dengan kawan aku ni....kawan...
matamu, hidungmu, keningmu.....tetap menjadi pojaan hatiku....
tahniah...
kerana kau sudah dimiliki...biarkan aku sendiri...sendiri melayan angan ku..
he he he
ke pada siapa yang baru dimiliki..nasihatku...enjoylah time bercinta ini...kerana selepas menjadi isteri..kamu dah tak akan merasai saat ini lagi.....sekarang kentut mu mungkin berbau wangi...tapi setelah bergelar isteri bunyi kentut tokey kedai runcit pun disangkakan kentutmu....tapi aku bersyukur....kerana kau bakal bertemu jodoh........alhamdulillah..pingu..jagalah adab dan tatasusila bila dah berpunya..hargailah hati yang menyayangi mu....

Monday, February 2, 2009

Oh mata...Kerana mu mata...

Bukan kerana rambut yang disisir rapi buatmu kelihatan cantik perempuan, bukan kerana baju yang mahal kau nampak elegant, bukan kerana kasut dan handbag yang satu almari buatmu nampak bergaya....cuma dari matamu....mata yang cantik...kerana apa? kerana pada matalah pintu hati mu....kenapa? kerana disitulah letaknya cinta.

P. Ramlee kata " dari kerana mata, yang mempunyai kuasa...ooooo aku tergoda, aku tergoda kerananya....dari kerana mata"

Tapi kalau aku...aku tukar dari kerana harta, aku tergoda, aku tergoda kerananya "

Oh Harley Davidson.........( ini motor tau.....Bukan lelaki...kang ada pulak ingat aku gay)

Dari kerana mata.

Romantikya...

Sifat Romantik Nabi MuhammadRasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sumber TKO

Wednesday, January 7, 2009

kekuatan kalimah Bismillah

BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani . . .

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIRROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
'KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2.'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)
3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakanpada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, makabacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata:'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'
7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.Sama-samalah kita mengamalkannya."

Tuesday, January 6, 2009

kedai baru, tokeh gemuk tapi cute.

Kawan aku yang paling cute tapi gemuk baru je bukak kedai....kedai dia belum ada warna lagi tapi trademark dia kerusi merah..... lokasi: tepi jalan dari Ong tai kim gombak nak ke danau kota...sebelum tapak down town...sebelah kiri....dia jual tom yam , sate dan macam macam...kedai dia sesuai sekali untuk bawak awek beb..pasal kedai dia bersih, cantik dan makanan pun kira sedap lah.....tapi untuk orang yang dah ada isteri yang nak bawak awek pun boleh cuma syaratnya kereta kena parking jauh sikit takut bini lalu nampak kereta kau ....
suasana kedai ni kira aku pujilah...tak serabut...walau pun simple....service pun okay...pelayan dan tukang masak dia kira senonoh la......
so kepada orang2 yang lalu jalan tu silalah datang kedai ni.....aku nak beri jaminan makanan dia sedap tak boleh la, tekak kan lain2.....tapi yang pasti aku boleh jamin adalah kedai tu baru, tokey dia gemuk tapi cute.....itu je...selamat jamu selera....

2009

diam tak diam umur dah masuk 3 series tahun kedua......duit simpan pun tak banyak lagi macam Tokeh gula tu..ala si Robert...
Anak pun masih sorang...ingat macam nak tambah..tapi belum ada rezeki......
bini pun satu...sayang gila pulak kat aku...aku pulak kadang2 rasa macam gila je sayang kat dia....
Buah hati?....banyak tapi jauh......
Kawan kawan....macam makin kurang..makin tua kot..masing2 dah ada komitmen dgn keluarga..
Hati ni...rasa makin sepi je...
Sayang?...sayang sangat kat anak dan bini aku....buah hati pun sayang jugak....
Rindu...ini topik banyak berat.....aku hari2 rindu.....belum terubat lagi rindu ni....rindukat kawan, buah hati, cikgu, arwah nenek, rindu kat conancomey, rindu kat ella...., rindu jugak life masa main bola dulu....
aku selalu rindu pada senyuman......ala senyuman sapa2 lah...
last sekali yang aku pasti selalu ada perubahan dan penambahan adalah angan2......asyik berangan je lah...bila lah boleh dapat pakai Harley Davidson....kepada sesapa yang ada rasa nak beri zakat berilah harley davidson kat aku...kira zakat lah tu.