Thursday, June 26, 2008

Kurma dan Kismis

Sabda Nabi S.A.W.

Berikanlah makan kurma kepada wanita hamil sebelum melahirkan, akan menyebab anaknya tabah dan bertaqwa.

Abu Abdillah a.s.

Orang yang makan 7 biji kurma yang baik sebelum sarapan pagi, maka pada hari itu dia tidak akan ditimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan.

Sabda Nabi S.A.W.

Barangsipa yang makan kismis merah 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian.



Sumber.
tranungkite.net

Cantiknya bertudung

Tudunglah makanan itu,
Agar tidak disinggah lalat,
Tudunglah dirimu itu,
Agar tidak disinggah laknat.

Wednesday, June 25, 2008

Abang Jamil ya

Hari ni aku punya la semangat nak makan lunch free. Bukan tak de duit nak makan cuma tak cukup je..Duit kecik takde duit besar pulak dah habis. Ni semua pasal minyak naik lah ni. Makan pun nak kena catu. Tapi tengah semangat punyalah tinggi tetiba je aku dapat tahu yang lauk tinggal sayur ke. Ayam, ke daging semua dah selesai. Aku ni dah boleh rasa yang lauk akan habis. Tapi ada satu minah ni dia punyalah semangat. Badan tak besar mana besar sikit je dari handphone yang dia pegang tapi bab mencekik bersungguh2 betul. Lauk sayur kangkung yang tinggal batang je tu pun disebat dia sampai licin. Rezeki kata dia. Oleh kerana aku dapat tahu yang lauk ayam dah takde terus tak jadi nak membedal lunch tu. Terus aku mengatur langkah cari foodcourt.
Penat jugak lah jalan kaki ke foodcourt. member nak tumpang motor pun semua dah takde. Sorang dah nak berhenti, balik rumah tgk anak bini dan yang sorang lagi ni kena pergi PPUM set appointment untuk operation kaki. Nasib baik lah tak jauhmana aku sempat jalan satu member naik motor berhenti tumpangkan aku. kalau tak dah tentu kena operate kaki aku.
Secara akademiknya kat sini aku nak menjelaskan jangan sesekali mengharap lunch yang disediakan untuk orang lain kerana takut nanti orang itu tak harap kita untuk makan lunch tu jugak dan mengikut peta topografi semenanjung malaysia jarak foodcourt dari ofis adalah jauh apatah lagi Malaysia ini beriklim Khatulistiwa dimana hujan akan turun tanpa amaran awal menyebabkan sifat orang macho yang tak suka sediakan payung sebelum hujan , kuyup. kecut semua benda yang boleh diukur dengan pembaris...

Friday, June 20, 2008

Mulut Longkang

Kena baca macam syair.

tersebutlah kisah di satu daerah
Bertempatnya satu kumpulan manusia
Yang hari-harinya asyik bekerja
Tak kira bos ada atau pun takda

Punyalah rajin mereka bekerja
Sampaikan pukul empat berhenti seketika
Dibelinya goreng pisang diluar sana
untuk dimakan kongsi sama-sama

Ramailah ramai mereka berkerja
Ada yang cantik ada nya anak dara
Lelaki pula bertubuh sasa
Ada yang lembut disebelahnya boroi pula

Walau pun boroi manisnya ada
Duduk dikalangan orang tua-tua
Nak buat macamana
Uban mereka sama

Bila kerja berjela-jela
Tentunya fail berlambak atas meja
Dipilihnya mereka seorang penjaga
Hidungnya mancung mulutnya longkang

Walau pun macam longkang berkata-kata
Tapi dialah pengubat duka
Kalau tak ada tertanya-tanya
Hilanglah jenaka hilanglah tawa

Bola jaring sukan popular
Dipanggil kakak tak pasti tua ke lagi muda
Harum baunya boleh tergoda
Takut makan pelempang kutip gigi atas meja

Pengalaman kerja bertahun lamanya
Pandai bergaul walau pun dengan orang muda
Haji dan kopiah atas kepala
Selalu telefon dengan awek lama

Bercermin mata dan diam-dia buat kerja
Senang disuruh tanpa lengah-lengah masa
Rasanya dia yang paling muda
Walau pun muda tapi cerdik juga

Itulah kisah itulah nukilan rasa
Sekadar untuk suka suka
Jangan marah jangan terasa
Kalau salah ampunkan saya.

Susah kalau nak mengahwini GRO.

Terkejut? Bukan senang ke nak mengahwini GRO? Takut kena ketuk. Macam macam hal lah lagi yang kita takut. Ini ada satu kisah benar yang berlaku kepada seorang anak VIP yang berkawan dengan seorang perempuan berkerja sebagai GRO. Niat anak VIP ni nak cuba bawak keluar GRO ni dari kancah maksiat tu. Dengar memang niat tu mulia. Tapi tak semua orang boleh menerima alasan tu dengan senang.Untuk mengubah seseorang yang telah bergelumang dengan maksiat untuk satu jangka waktu yang lama memerlukan bimbingan oleh seorang suami yang benar-benar soleh. Termasuklah semua kawan-kawan rapat dan terutamanya ibu dan bapanya telah menghalang..
Niat anak VIP ni nak mengahwini GRO tu betul-betul mendapat tentangan dari keluarganya yang memang terkenal dengan kewarakkan agama terutamanya keluarga sebelah ibunya. Bapanya taklah berapa warak maklumlah orang yang mempunyai pengaruh politik yang kuat duit pun banyak maka enjoy pun banyaklah. Si bapa dan ibunya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang perkahwinan tersebut sehingga satu tahap sampai menggunakan khidmat bomoh yang kononnya mereka berpendapat anak mereka ni terkena ubat guna-guna. Apalah mereka ni sampai percaya bomoh boleh menghalang perkahwinan tersebut. Dah lupa dosa syirik agaknya. Dah tak tahu jalan apa lagi nak diguna, maka mereka pun sampai mengupah gangster untuk mencari dan menangkap anak mereka, termasuklah tok kadhi yang akan menikahkan anak mereka.(atas alasan apa nak tangkap tok kadhi pun tak tahu sampai nak disumbat dalam balai polis, bukan kadhi tu kadhi sendikit nikah palsu. kadhi yang diiktiraf JAIS) Kalau dah jodoh letak kereta kebal dengan komando campur UTK pun tak boleh nak halang.
Oleh kerana dah terlalu marahkan ketentuan tuhan dan tak boleh nak terima hakikat bakal jodoh anaknya sebegitu, maka keluarga VIP tersebut pun cubalah mencari sesiapa juga yang boleh dipersalahkan. Mereka pun cubalah menyalahkan kawan-kawan baik anak mereka. Kononnya kawan-kawan baik anak merekalah yang mempengaruhi dan menggalakkan anak mereka berkahwin dengan GRO. Dengan alasan kawan-kawan anaknya suka melihat anak mereka merana dan jatuh status. Padahal kawan-kawan anak VIP inilah yang merupakan penentang No. 1 ketika anak VIP ini menyatakan hasrat untuk memilih GRO sebagai calon isteri. Betapa teruk lah usaha kawan-kawan anak VIP ini untuk menghalang niat tu sehingga dibawa berubat, ditarbiah dan macam macam lagi perancangan dibuat oleh kawan-kawan. Kononya nak selamatkan kawan. Punyalah baik niat kawan-kawan ni last sekali dituduh oleh keluarga VIP tu menjadi perancang dan penggalak kepada niat anak mereka. Sebenarnya anak mereka yang kemaruk nak kahwin apa yang kawan-kawan boleh buat pun.
Bila ditanya kepada yang empunya diri betul betul berani nak menikah tanpa restu keluarga dan sorok-sorok? Dia jawab "bapak aku pun nikah lebih dari satu senyap-senyap, ada yang nikah di siam lagi, atleast aku nikah guna kadhi yang diiktiraf jugak. Entah-entah ada dikalangan mak-mak tiri aku dari perempuan yang kerja kelab malam. Ala mak aku, mula mula dulu bapak aku nikah lagi satu punya lah marah , lama-lama boleh terima jugak. So aku ambiklah perbuatan bapak aku tu sebagai contoh. Bapak aku dah buka jalan, aku teruskan je lah. he he he". la macam tu pulak ceritanya. Macam mana lah nak menasihat anak kalau bapak sendiri pun "biasa" buat silap, tak berlaku jujur ketika menikahi seorang perempuan.
Kita sebagai manusia tak berhak untuk menghukum sesama manusia, samada dia GRO ke, pelacur ke, ustazah ke. Hanya tuhan yang maha mengetahui. Kepada bapa-bapa berhati hatilah dengan segala perbuatan buruk yang kita nak lakukan kerana takut nanti terikut dek anak sendiri dan kena pulak pukulan batang hidung sendiri.

Biar Betul Syed Hamid nak jadi PM?

Sesuatu yang pelik pulak bila terbaca dari"kuda-kepang.blogspot.com...alasannya adalah tekanan dari kuasa asing yang mempunyai kepentingan kat malaysia...macam tak percaya je.

Pak Lah belum tentu jatuh lagi orang dah mula war-warkan entah siapa-siapa akan jadi calon.

Macam-macam lah politik sekarang ni. Ala siapa pun jadi pengganti Pak Lah asal rakyat yang untung sudahlah. Dah lama dah rakyat asyik rugi je. Kepada sesiapa yang bakal memimpin cuba-cubalah tengok sikit kesusahan rakyat.