Friday, June 20, 2008

Susah kalau nak mengahwini GRO.

Terkejut? Bukan senang ke nak mengahwini GRO? Takut kena ketuk. Macam macam hal lah lagi yang kita takut. Ini ada satu kisah benar yang berlaku kepada seorang anak VIP yang berkawan dengan seorang perempuan berkerja sebagai GRO. Niat anak VIP ni nak cuba bawak keluar GRO ni dari kancah maksiat tu. Dengar memang niat tu mulia. Tapi tak semua orang boleh menerima alasan tu dengan senang.Untuk mengubah seseorang yang telah bergelumang dengan maksiat untuk satu jangka waktu yang lama memerlukan bimbingan oleh seorang suami yang benar-benar soleh. Termasuklah semua kawan-kawan rapat dan terutamanya ibu dan bapanya telah menghalang..
Niat anak VIP ni nak mengahwini GRO tu betul-betul mendapat tentangan dari keluarganya yang memang terkenal dengan kewarakkan agama terutamanya keluarga sebelah ibunya. Bapanya taklah berapa warak maklumlah orang yang mempunyai pengaruh politik yang kuat duit pun banyak maka enjoy pun banyaklah. Si bapa dan ibunya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang perkahwinan tersebut sehingga satu tahap sampai menggunakan khidmat bomoh yang kononnya mereka berpendapat anak mereka ni terkena ubat guna-guna. Apalah mereka ni sampai percaya bomoh boleh menghalang perkahwinan tersebut. Dah lupa dosa syirik agaknya. Dah tak tahu jalan apa lagi nak diguna, maka mereka pun sampai mengupah gangster untuk mencari dan menangkap anak mereka, termasuklah tok kadhi yang akan menikahkan anak mereka.(atas alasan apa nak tangkap tok kadhi pun tak tahu sampai nak disumbat dalam balai polis, bukan kadhi tu kadhi sendikit nikah palsu. kadhi yang diiktiraf JAIS) Kalau dah jodoh letak kereta kebal dengan komando campur UTK pun tak boleh nak halang.
Oleh kerana dah terlalu marahkan ketentuan tuhan dan tak boleh nak terima hakikat bakal jodoh anaknya sebegitu, maka keluarga VIP tersebut pun cubalah mencari sesiapa juga yang boleh dipersalahkan. Mereka pun cubalah menyalahkan kawan-kawan baik anak mereka. Kononnya kawan-kawan baik anak merekalah yang mempengaruhi dan menggalakkan anak mereka berkahwin dengan GRO. Dengan alasan kawan-kawan anaknya suka melihat anak mereka merana dan jatuh status. Padahal kawan-kawan anak VIP inilah yang merupakan penentang No. 1 ketika anak VIP ini menyatakan hasrat untuk memilih GRO sebagai calon isteri. Betapa teruk lah usaha kawan-kawan anak VIP ini untuk menghalang niat tu sehingga dibawa berubat, ditarbiah dan macam macam lagi perancangan dibuat oleh kawan-kawan. Kononya nak selamatkan kawan. Punyalah baik niat kawan-kawan ni last sekali dituduh oleh keluarga VIP tu menjadi perancang dan penggalak kepada niat anak mereka. Sebenarnya anak mereka yang kemaruk nak kahwin apa yang kawan-kawan boleh buat pun.
Bila ditanya kepada yang empunya diri betul betul berani nak menikah tanpa restu keluarga dan sorok-sorok? Dia jawab "bapak aku pun nikah lebih dari satu senyap-senyap, ada yang nikah di siam lagi, atleast aku nikah guna kadhi yang diiktiraf jugak. Entah-entah ada dikalangan mak-mak tiri aku dari perempuan yang kerja kelab malam. Ala mak aku, mula mula dulu bapak aku nikah lagi satu punya lah marah , lama-lama boleh terima jugak. So aku ambiklah perbuatan bapak aku tu sebagai contoh. Bapak aku dah buka jalan, aku teruskan je lah. he he he". la macam tu pulak ceritanya. Macam mana lah nak menasihat anak kalau bapak sendiri pun "biasa" buat silap, tak berlaku jujur ketika menikahi seorang perempuan.
Kita sebagai manusia tak berhak untuk menghukum sesama manusia, samada dia GRO ke, pelacur ke, ustazah ke. Hanya tuhan yang maha mengetahui. Kepada bapa-bapa berhati hatilah dengan segala perbuatan buruk yang kita nak lakukan kerana takut nanti terikut dek anak sendiri dan kena pulak pukulan batang hidung sendiri.

No comments: