Friday, August 29, 2008

Mimpi Daud dari Teras Jernang

Ini cerita sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh. Aku pergi lah kat bengkel kereta, untuk baiki kereta lama aku. Tiba-tiba owner bengkel tepuk belakang aku dan cakap dia baru semalam mimpi DSAI. Aku pun buat tak heran lah. Apa pulak lah pomen ni nak cerita. Buat kerja sudahlah. Tak. Dia nak jugak cerita kat aku. Aku pun berilah kebenaran pada dia untuk cerita.
Cerita dia:
Semalam aku mimpi kat DSAI la. Aku mimpi aku berada dalam satu majlis bersama2 dengan DSAI. Mula2 dia berada dalam kumpulan tetamu yang berada dibawah bersama2 aku. Taklah dekat sangat. Tapi sempatlah aku angkat kening kat dia dan dibalasnya.Tiba2 semua orang mintak dia naik atas pentas. DSAI pun naik atas pentas tinggalkan aku kat bawah. Ketika DSAI naik semua orang yang ada atas pentas tu pun turun. Lepas tu DSAI beri ucapan.

Respon Aku:
Takkan mekanik pun boleh dapat firasat. Takkan tinggi sangat ilmu ramalan mekanik ni.....
Aku pulak malam tadi mimpi tersepit zip. (ibu2 biasa menyelesaikan masalah anak mereka yang ini)Entah apa maknanya mimpi tersepit zip aku tu.

Wednesday, August 27, 2008

Pernikahan atau perkahwinan

Buat para suami/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana
memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.



Petikan dari Seorang hamba Allah.

Monday, August 18, 2008

Beli besi buruk.

Semalam lepas gua kerja gua jumpa member pasal nak cari sparepart untuk Bini (kereta) baru gua. (baru beli tapi jenis lama). Sampai ke selayang kita orang pusing. Pasal ada kawan dia janji untuk bawak jumpa owner satu kereta sama jenis dgn gua tapi dah tak boleh jalan ...dah buruk jelah.. bila sampai aku pun jumpalah owner dia...kereta yang dia ada memang elok lagi... body kereta tu pun tak reput langsung...banyak barang yang boleh dipakai cuma enjin di je dah kong....seat dalam pun masih elok...tu yang aku suka tu...aku pun deal...owner dia mintak RM1500...aku terkejut mahalnya..(aku buat2 terkejut je sebenarnya murah) bayangkan aku tanya kat kedai potong gear box belakang je dah RM 1000. Ini RM 1500 aku dapat semua . aku pun try pujuk owner dia untuk RM1000...Owner dia sambil main dam haji tak tgk pun muka aku..."kalau awak ada duit sekarang boleh RM1000' Kalau esok lusa harga jadi RM 2000-3000." Peh..ugut nampak... tak pun dia ingat aku sengkek sangat kot. Aku pun dgn nada macho kata okay. Bagi aku sejam..aku carik Tow Truck. Tarik malam ni jugak ke bangi. Aku nak gran dgn kunci kereta sekali..macam nak tertelan biji buah dam gua tgk pakcik tu...tu yang gua bengang tu dia igt gua takde duit...memang takde duit masa tu ada RM 4.80 sen je dalam poket...aku pun tel bank aku..(MBB) mak & bapak bank..suruh dia orang bank in kat aku seribu...dia orang kata okay..aku pun suruh owner tu balik ambik gran dan kunci kereta .......dengan muka yang macam asam keping dia pun balik lah tersengih-sengih. Pukul 11 malam baru selesai tarik ke bangi. Yang jadi halnya tow truck yang aku panggil untuk tarik kereta tu pun berminat dgn kereta tu...aku kata aku nak ambik spare part je kereta tu...lain aku nak jual besi buruk je...Cina tu tanya aku berapa beri sekali geran..Aku kata satu libu...dia kata.."wah lu jangan tipu wa. mana ala olang jual ini keleta satu libu, kulang-kulang 3 libu, jual timbang bisi buluk pun laku 2 libu oooo" .aku pun cakap balik" tokey lu mahu picaya ka, tak picaya ka lu suka" lepas tu dia pulak mintak kat gua " alo kawan lu kasik jual ini keleta sama wa la. wa bagi lu satu sitingah libu..." gua pun kira lah satu sitingah libu tu berapa? Rupanya dia nak sebut seribu setengah. aku pun malas nak layan. aku cap balik kat dia" tak mau lah tokey, lu duduk liam-liam bawak lu punya loli, talik keleta wa sampai bangi gua bayar lu satu sitingah latus." dia pun diam dan terus tarik...Pakcik yang jual kereta tu kat gua melopong dengar perbualan gua dgn tow truck tu.. agaknya dia pun terkejut jual timbang besi buruk pun dia dapat RM 1800...takpelah pakcik kira halal lah..rezeki saya...Dapatlah aku spare part yang dicari...mana barang yang ku boleh bukak dan simpan aku akan simpan. Ada orang mintak aku jual...body yang dah togel tu aku timbang besi buruk lah...dapat jugak seribu. Kira aku pulang balik modal dan dapat spare part jugak. Hisshhh kereta-kereta.....Kira okaylah aku ada hobi kereta, kalau hobi aku pergi dangdut lagi susah.

Sunday, August 17, 2008

Main bontot

Haloooo...hari ni gua cerita benda kotor sikit...Tulisan ni hanya untuk orang yang dah biasa buat atau berpengalaman dengan seks yang normal..Untuk yang tak pernah rasa stop sampai sini.........untuk budak kecik tolong carik blog lain...toksah menanguk org tua cerita...
Gua pun heran lah apalah yang best sgt kat bontot tu...kalau bontot perempuan tu boleh terima dek akal lah jugak...ini main bontot lelaki...rasanya kalau suruh isteri lah untuk tolong cibuk bontot laki dia pun dia orang taknak...kalau atas alasan kesihatan mungkin ada yang sanggup cibukkan...itu pun boleh kira dgn jari...Nurse pun kalau boleh elak diaorang elak cuci bontot orang.....Ni sekarang keluar lagi isu main bontot...aalahai sebenarnya kalau dia orang yang kaki main bontot ni tenung dan perhati betul2 lubang bontot tu, confirm tak lalu.....(kemutan memotong daging) "trust me it is not the same like other kemut, the real kemut, tak caya tanya isteri"....atleast kalau hubungan seks tu normal, kulit yang kita cium, bibir yang kita sentuh, lidah yang kita jelajah, kening yang kita belai, kelopak yang kita usap dan rengekan yang keluar dari mulut tu manja ,kulit yang lembut dn wangi, roma-roma dan bulu yang halus dan tersusun cantik, dan kalau ada jerawat pun taklah rasa jalan batu .....dan bila dipeluk cukuplah sayang dan rasa kau milikku itu dalam diri. Bila kita mengucapkan terima kasih, terima kasih yang ikhlas dan dihargai. Itulah nikmat....

tapi golongan manusia homoseksual macamni memang dah berani terang terangan sekarang... sampai ada yang berani bercium sesami lelaki di khalayak ramai...Hak peribadi katanya. Hak konon...seksa kubur pun hak jugak.....Tapi jgn kata leleki sama lelaki je, perempuan sama perempuan pun kena kira jugak....tak kemana nya kalau setakat guna lidah, jari atau alatan tiruan ni, takkan sampai kenikmatan tertinggi, tak semua makam boleh di capai dengan benda yang tak original....betul tak isteri-isteri.......bila kita rasa kita akan bahagia bila tak dapat kita rindu....
Apalah manusia sekarang ni...lebih baik carik benda yang kita takde...yang kita dah ada buat apa nak carik...bukak seluar tgk sendiri lah.....
Tapi gua pun ada berkawan dgn orang macam ni...sebenarnya diaorang ni melawan tabii dan fitrah manusia kerana tidak berpuas hati dengan ketentuan atau perkara yang berlaku dalam hidup mereka.... Bila mereka susah nak redha dan tidak percaya dengan kehendak tuhan, orang macam ni akan cuba carik benda yang dapat balas dendam kesumat mereka tu..lawan kekuasaan Allah. Kebanyakan mereka tahu tentang hukum dan rukun agama...ada yang ilmu agama mereka tinggi lebih tinggi dari gua.....(gua setakat mengaji je tahu , makna tak tahu)...dan confirm ilmu dan pendidikan mereka ni memang tinggi..Profesional....Sepatutnya kita sebagai manusia merasa geli dengan tabiat dan perlakuan golongan homoseksual ni...jika kita masih ada rasa geli, insyaAllah kita akan terhindar dari terjerumus dengan amalan yang dilaknat ini....Wujudkan dan kekalkanlah rasa geli itu dalam diri....JIJIK. Takde sebarang alasan pun yang boleh menyokong golongan ini...lebih baik keluar je dari Islam.jika tidak bertaubat....Kerana takkan nabi mengaku umat kepada golongan ini...Igatlah balasan akhirat...Syurga dan neraka itu benar

Thursday, August 7, 2008

Aku dapat bini baru

Pehhhh mesti lu orang terkejut punya bila baca title aku dapat bini baru....apa lu orang ingat gua tak mampu ke.....Nama dia macam orang jerman sikit...Merce..bukan Mas tau...orang Gombak .Lahir tahun 83...gemuk tak , kurus sangat pun tak...Baru dalam 2 minggu jodoh gua dengan dia...Alhamdulillah..hajat gua dimakbulkan Tuhan....Lama dah gua jatuh hati kat dia....kumpul duit sikit2....bini no 1 gua?...jangan terkejut kalau gua cakap dia siap bagi gua pinjam duit sikit masa gua pergi minang Merce ni......Dia inginkan payung emas kat akhirat nanti.... Semoga Allah memberikan ganjaran syurga kepada isteriku yang no 1. Masa dia bagi duit sikit kat aku tu dia hanya bagi satu syarat je. Dia nak aku walau macamana sekalipun keutamaan aku adalah dia. Jadi aku setuju..lah. Sapa tak sayang bini oiiii....
Yang aku pening sikit ni baru 2 minggu aku dapat si Merce ni dah masuk sepital....takkan bunting pelamin kot....setakat ni aku dah kena charge bil sepital adalah RM 400 kot...Member aku yang tahu cakap: "tak kisah lah kan kau bayar hantaran kat dia murah RM4000.00 je" Dapat murah tang maintainance kena lah tinggi...Baru adil....Takpelah dah jodoh...kira sekarang ni aku selalu lah tersenyum je..sengeh sorang2. Kat bawah ni biodata bini aku....

No Pendaftaran: WAQ 9988
Jenis: Mercedez 200E
Tahun dibuat: 1983
Tahun daftar: 1983
Chasis no: w1237788675
Warna : Biege
Kuasa: 1997cc

Nota JPJ: Kalau takut dilambung ombak jgn kahwin dengan orang Penang. Gua jenis yang takut ombak lambung gua. So gua kahwin lah dengan kereta je...itu pun kereta lama.....

Monday, August 4, 2008

Kerja baru

Hari ni hari kedua gua kat UIA. Tempat baru. Best jugak rasanya. Gua ditempatkan di Student Activities Department PJ dan Nilai. Awek cun2 belum nampak lagi pasal sekarang student cuti. Itu yang hati gua merindui awek cun kat tempat lama. Awek cun cakap utara, awek cun cakap pantai timur dan awek2 lain lah yang cun, yang gua kata cun tau, bukan yang rasa diri mereka cun.
Sekarang ni gua kat PJ unk 3 hari pertama nak sesuaikan diri . Mungkin esok baru ke NIlai. Kira opis gua kart nilai lah. Dekat sikit dgn rumah. 5 minit naik kereta. Kalau jalan kaki 5 pasang kasut kena tukar. takut tapak dia haus. pasal membawa beban yang berat. Tapi untuk Awek2 yang badan cutting model dinasihatkan untuk menggunakan jalan nilai lama. jangan gunakan highway pasal kereta laju takut kalau mereka ni terbang ditiup kereta. Tapi kalau badan yang cutting tegap ala2 nicol david tapi tinngi sikit kira bolehla lalu highway. Tapi dinasihatkan memakai pakaian sopan ,bukan apa kalau pakai skirt netball takut skirt terselak kena angin kenderaan kalau kat tepi highway. Tak pasal2 berlaku accident pasal driver tak tgk depan tapi tgk u. So nasihat kepada pemain netball pakai skirt netball masa nak tidur kat rumah je. Okay selamat kerja. Jgn tunggu lama2, pasal bulan tak timbul2.