Tuesday, July 15, 2008

Suami selalu terlupa

Berat jugat tajuk ni gua nak cerita. Pasal gua pun suami. Memang selalu lah kita dengar suami lah punca sesuatu perpisahan. Gua akui. Sebabnya gua rasa pasal suami dah tak menghargai isterinya. Fitrah lelaki ni memang lah tak pernahnya cukup. Nak lebih, nak yang baru. dia tak perasan yang baru tu semuanya sedap, semuanya cantik. Kalau sifat seseorang lelaki tu melihat kepada kecantikan luaran sahaja, dia kan tak pernah puas. Lelaki selalu tak endahkan kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni maksudnya hati. Kalau seseorang tu sembahyang tunggang tunggik hari-hari pun tapi mempunyai hati yang tak baik, tak guna jugak. Kalau melihat perempuat hanya dengan mata luar sahaja, akan nampaklah kecantikan rupa paras sahaja. Cubalah tengok kecantikan dengan mata hati. Tengoklah perempuan dengan sifat-sifat keibuan, sifat2 isteri, sifat2 kawan sifat amanah. Pada masa kita tengok seorang perempuan kita akam mula suka, lepas tu kita akan mula bercinta, seterusnya kita akan sayang sangat dan akhir sekali bila kita nak buat keputusan untuk menjadikan seorang perempuan itu sebagai isteri perasaan kita akn bertukar menjadi tanggungjawab. Ini yang sepatutnya.
Tapi Allah tu maha kaya. Kita sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Kepada isteri yang dianiaya dan ditinggalkan suami percayalah, ada pada satu ketikanya ketika mata terkebil-kebil taknak lelap bekas suami kamu akan jugak teringatkan kebaikan, kecantikan kita yang dulu. Suami macam ni jugak percayalah akan membandingkan kelebihan kamu dengan isteri baru mereka.Bekas2 suami jugak ada ketikanya akan menyesali tindakan mereka. Tapi oleh kerana ego, penyesalan itu tak kemana. Sang suami2 juga akan kadang2 bersedih memikirkan nasib kamu sekarang ni tanpa mereka disisi-sisi. Suami2 ini jugak akan ketawa sendiri bila mengenangkan kenangan manis dengan kamu, Dan tentu sekali suami2 ini akan cemburu bila mengetahui perkembangan kamu yang mungkin dimiliki oleh orang lain kemudian. kenapa? kerana dia akui, disebabkan rasa tidak menghargai kamu maka dia kehilagan kamu. Dan apabila kamu dimiliki oleh orang lain, baru mereka tahu masih ramai yang menghargai kamu, dan ketika itulah akan wujud penyesalan yang paling besar dalam diri mereka, wahai bekas2 isteri diluar sana. Macamana aku tahu? Pasal aku jugak seorang suami. Dengarlah wahai ibu2 tunggal yang berjuang sendirian bahawa Rasullullah mengamanahkan kepada orang mukmin untuk menghargai kamu dan membela nasib mu. Ingatlah setiap usaha kamu untuk membela nasib kamu dan keluarga kamu, setiap peluh yang menitik, setiap airmata kepayahan yang mengalir, setiap duka dek fitnah masyarakat keliling dan setiap inci ketebalan kesabaran kamu akan dibayar ganjaran pahala yang besar disisi Allah. Wallahualam.

Kadang-kadang seksi jugak

Aku rasa perempuan yang nampak garang ni seksi jugak. Kau orang macamana? Ya lah yang nampak garang. Bukan yang garang betul-betul. Garang betul-betul seksi pebendanya. Baru nak ditegur sumpah seranah yang keluar. Dinasor pun lari. Maksud gua yang tinggi, muscle sikit, cara jalan dia taklah control ayu sangat dan gua rasa mesti aktif hidup dia. Perempuan mcm ni kalau cakap very confident. Dia susun ayat cukup cantik. Maknanya dia berfikir dulu sebelum cakap. Gua selalu admire perempuan macam ni. gua tak tahulah lu orang tgk macamana.
Gua kata sexy sebab kadang-kadang suara yang ala-ala garau ni kalau masuk kat halua telinga, berhenti jugaklah sekejap jantung ni berdegup. lagi stu gua rasa perempuan macam ni jujur. Dia tak pura-pura. Dia akan cakap apa yang dia rasa. Tak salah kalau kita berterus terang. Berani. Tak tahulah kalau ada rasa takut jugak Rasanya takut orang macam ni bertempat.
Gua memang suka tengok orang macamni. Cara dia duduk, cara dia jalan, cara dia tersengih dan yang paling best bila kadang-kadang dia menggelabah bila kena tengok lama-lama. Boleh nampak perasaan malu tu kat mata. Tu yang seksi tu. So pada orang-orang yang ada kriteria macam ni, keep cool. Lu orang memang seksi.

Beting Padi

Beting padi. Apa yang kau boleh discribe pasal beting padi?
Kalau aku. Aku kata beting padi ni merujuk pada kecantikan kaki. La apasal pulak tak faham kalau beting padi dikaitkan dengan kaki. Kaki yang dikaitkan dengan beting padi. Kan cantik. Tak cantik ke? kau belum pernah tengok. Cuba bayangkan kaki yang macam beting padi ada roma halus mengelilinginya. Kaki beting padi yang kadang-kadang terselak sedikit dari kain batik sutera warna hijau. Pehhh bergegar jugak iman bila tgk. Kadang-kadang mata ni dia demand sikit nak tengok kaki beting padi dipadankan pulak dengan kasut tumit sederhana tinggi. Otot betis akan lebih menonjol. Bila bergerak, ni yang kadang -kadang timbul senyap-senyap urat hijau.
Tak semuanya yang putih tu cantik. Biar kaki beting padi tu gelap-gelap sikit. Sawo matang kata orang melayu. Betis dan kaki orang melayu. Bagi aku lagi cantik dan sexy dari betis minah saleh.

PS
But please dont compare kaki orang melayu dengan Aisywaria Rai pulak.

Monday, July 14, 2008

Untung ada suami.

Suami aku tak kaya! Suami aku tak handsome! Suami aku gatal! Suami aku tak de duit, kerja tak besar! Macam macam lagi maki herdik untuk seorang suami. Tetapi perempuan takk bersyukur dia ada suami. Buruk ke, hodoh ke, cacat ke penipu ke, itu tetap suami dia. Dan dia ada suami. Cuma lah fikir kalau suami takde. Suami mati ke, suami tinggalkan rumah ke, suami ikut perempuan lain ke, suami ceraikan ke. Jangan cakap besar , "aku boleh hidup tanpa suami." Orang yang sudah kehilangan suami tu punyalah susah nak sesuaikan diri dengan keadaan. Masyarakat, keluarga, tanggung anak2, dan ada yang sampai dihina oleh masyarakat dengan gelaran janda dan macam2. Sekarang ni, perempuan kadang2 dia tak fikir pasal dia rasa dia masih muda, masih ada pendapatan sendiri dia boleh carik lelaki lain untuk jadi suami. Cuba lah fikir bila dah tua, sakit , anak pulak tak ingat.Takde seorang pun lelaki yang nak masa tu. Kita akan hidup sorang2 dalam dunia ni bila sakit, tua, tunggu mati.
Kebanyakan isteri akan beri alasan suka-suka je buat affair dgn orang lain."Dia ex boyfriend i lah" Tak pun 'kami hanya kawan'. Allah melarang kita walau pun sekadar mendekatkan diri pada maksiat. Pandai-pandailah wahai isteri-isteri, fikirlah berapa banyak perempuan yang masih menunggu untuk seorang lelaki sebagai suami. Dan kamu yang bergelar isteri orang jgn lah cuba-cuba menduakan suami kamu. Buruk-buruk lelaki itu pun, dia tetap suami kamu. Dan janganlah sesekali terfikir yang suami kamu tak kan tahu perbuatan kamu wahai isteri. Kadang2 suami itu sekadar berdiam diri dan menunggu waktu yang sesuai. Kalau sudah menduakan suami, takkan senang, aman, bahagia dan berjaya hidup seorang perempuan itu.
Aku bercakap bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak. Aku jugak seorang suami. Ya Allah kau lindungi lah isteri dan keluargaku dari perbuatan maksiat ini dan bahagiakan lah hidup kami sekeluarga.


P.s
Allah akan beri cara untuk mencegah kemungkaran.
Tahniah Terengganu kerana berjaya menganjurkan SUKMA.

Dah nasib

18 hb julai ni last day gua kat sini. 4 hb Ogos gua dah mula kerja kat tempat baru. semua urusan yang perlu diselesaikan sudah diselesaikan. Tinggal beberapa tandatangan je lagi yang patut diambil untuk menyelesaikan semua perkara disini. Sementara nak habiskan kerja kat sini banyak jugak lah perkara yang mencabar tahap kesabaran. Aku ni suka sangatlah untuk menjaga hati orang. Kadang-kadang rasa nak lawan je balik. tapi pikir2 biarlah masuk cara baik keluar pun cara baik. Apa nak buat, bersabarlah. Aku harap Allah akan bantu aku mengharungi dugaan ni. Masih ada cakap2 belakang untuk jatuhkan aku ke? apa ke? Hanya Tuhan je yang tahu. Mungkin mereka2 ni masih sakit hati atau ada yang masih tak puas hati kes2 lama. Aku ingat bila aku dah nak re`sign ni takdelah lagi suara2 sumbang ni nak bercakap. Mungkin depa ni tak tahu kot aku nak resign.

PS.
takkan lah kerana nak jadi pegawai B kena guna konspirasi kot.
Driver, tukang sapu, tukang lap tingkap, pun boleh naik pegawai b kalau dia nak. Tak payah nak ada konspirasi atau agenda belakang-belakang. Tuhan tu ada. Macam mana pandai tupai melompat jatuh jugak ke tanah.
Cukuplah fitnah tu. Kalau kita ni permata dicampakkan ke lumpur pun orang akan kutip, lap dan simpan. Tetapi kalau kita ni kaca gilaplah macamana pun orang takkan hairan.

Wednesday, July 9, 2008

Hidung mancung

Ada satu awek kat sini. Kira aku setiap pagi akan beri salam sebelum masuk ofis dan dialah antara orang pertama yang menjawab salam aku. Tu yang kalau dia absent tu aku rasa tak sedap je orang yang akan jawab salam aku. Sengal je halua telinga ni. Aku selalu jatuh cinta dengan suara dia. Kira serak serak basah lah jugak. Kadang-kadang macam Ella pulak yang jawab salam aku. Cuma dia ni tak lah semanja ELLa.
Aku pun tak ingatlah umur dia berapa. Tapi aku confirm dia masih single. Dan aku rasa mak dia ada butik baju kot. Setiap hari dia akan bertukar-tukar baju. Cantik baju-baju dia. Tu yang aku suka tu pasal bayangkanlah kalau satu perempuan tu kita dah hafal jenis dan warna baju-baju yang dia akan pakai setiap minggu, tak ke jemu mata. Aku ni memang seorang yang suka kepada benda-benda yang cantik. Agaknya tu yang aku suka tgk awek ni punya collection baju. Warna yang dia pilih pun selalu sesuai dengan dia. Ada satu ketika tu aku jugak tanya pendapat dia berkenaan fesyen tudung.
Walau pun awek ni gila-gila sikit perangai dia, tapi bukan sahaja dia ada collection baju yang cun-cun, tapi jugak collection pakwe yang cun-cun. Aku rasa dia ni memang pandai ayat lelaki lah. Bila pikir-pikir balik aku jealous pun ada. Tercabar rasanya bila awek ni ada banyak pakwe. aku pun nak cariklah makwe banyak-banyak. Tapi bukan senang sebenarnya nak handle banyak orang. Nak handle bini sorang pun nak tergeliat urat saraf. Yang aku puji awek ni adalah sifat jujur dia dengan orang. Kalau orang tu sengal , dia cakap sengal. Klau orang tu macho dia cakap macho. Dan yang boring tu , kalau orang tu macam P. Ramlee dia cakap abang Jamil. Tu kira kena kat akulah tu. Kira okaylah dia panggil aku abang Jamil kalau dia panggil aku S. Kadarisman lagi haru. Lepas ni aku akan merindui awek ni. Rindu pada mulutnya, baju-bajunya, gelagatnya dan Hidungnya yang mancung bak seludang, pipi pauh dilayang. Sepi seorang perindu.

Belakang Tabir Tapi Cun

Aku ada kawan, nak kata kawan pun tak kawan nak kata kekasih pun tak kekasih, nak kata bau-bau bacang pun jauh, nak kata sedara cuma seagama Islam sahaja, pendek kata mak dia lain bapak pun lain. "Cuma dia ni cun". Dia ni memang baik. Kalau dari segi buat kerja memang tak dinafikan bagus. Dia sanggup pulak bekerja lebih masa kadang-kadang sabtu ahad pun dia kerja. Kesian. rasanya orang ambil kesempatan diatas sikap dia yang tak kisah tu." Memang cun" Mentang-mentanglah dia ni single lagi. Tapi aku tahu dia kerja ikhlas. Dari segi performance kerja memang takde komplain. Up to date."Nasib baik dia cun"
Tetapi dia ada satu masalah. Masalahnya dia tak suka expose kerja dia. Dia buat diam-diam kononnya taknak heboh-heboh. Ajak pergi mesyuarat selalu dia tolak. Segan. Kalau orang kata aku bagus buat kerja, sebenarnya pujian tu kerana dia yang bagus buat kerja untuk aku. Kira orang tak nampak kerja dia cuma nampak kerja aku. "Dia memang cun". Mungkin dia suka low profile kerana pada pendapat dia nanti takde lah orang nak dengki kat dia. Maklumlah bila orang kerja bagus sikit nanti ada je orang nak jatuhkan. Aku dari dulu tak berapa setuju dengan pendapat dia. "Tapi dia cun". Aku kata kat dia kita kena jugak tunjuk kebolehan kita pada orang lain. Supaya orang tahu kita berkebolehan. "Nak buat macamana dia memang cun".
Sekarang ni aku dah nak tukar tempat kerja. Dia pulak sedang cuba untuk di jatuhkan oleh kawan ofis dia sendiri yang ' dahla tak cun" tapi pura-pura tunjuk pandai. Manusia ni bila hati dia tak baik, maka dia akan gunakan apa cara sekali pun untuk naik. Termasuklah mencuri fail, buat fitnah, masuk bakul angkat sendiri macam-macam lagi lah. Sehinggakan boleh pakai pulak orang lain untuk tolong niat tak baik dia tu. Macam ni lah yang orang kata dah la tak cun , perangai pulak buruk.
Tapi Allah Maha Kuasa. Aku jamin dan aku berdoa agar kawan aku dilindungi dari segala fitnah dan niat jahat. Sebab apa ? Sebab dia cun.

Tuesday, July 8, 2008

Perempuan.

Perempuan jika takde disebelah lelaki akan gelaplah dunia sepilah jiwa seorang lelaki. Betul ke? mungkin tak betul pada sesetengah lelaki yang dah tak suka pada perempuan. untuk aku perempuan penting. Kalau pada satu-satu tempat tu semuanya lelaki maka boleh diberi jaminan akan berlakulah pergaduhan melibatkan sepak terajang tetapi jika pada satu tempat tu ada segelintir perempuan akan berlakulah sesekali kisah jatuh hati dan jatuh cinta. Atleast dapatlah dielakkan jatuh tangga kena penerajang. Bagi aku kalau ada perempuan akan selalulah kita menerima harum-haruman minyak wangi yang sedaplah jugak kerongkong ni nak telan. Tapi kalau tanpa perempuan terpaksalah kerongkong ni telan juga haruman kaki, ketiak dan paling menderakan adalah haruman isi perut yang kadang kadang membuatkan kerongkong rasa berputar-putar untuk menelan. Walaupun basi, kelat, loya dan busuk terpaksa ditelan juga. Cuma haruman perut ni kalau keluar, pemiliknya suka berkongsi bersama orang keliling sama rata. Tak kedekut katanya. Bayangkan betapa teruknya azab kalau hidup tanpa perempuan.
Sedih jugak bila terdengar penganiayaan terhadap perempuan. Kadang-kadang lelaki terlupa atau tak menjangkakan bahawa hidup tanpa perempuan haru biru. Lelaki tinggalkan perempuan. Permasalahan ini selalu dikaitkan dengan ego. Padahal sepatutnya lelaki akan suka bila ada beberapa perempuan disampingnya. Tu yang aku hairan tu. Kerana sikap beginilah lagi ramai perempuan yang masih tidak mempunyai pasangan hidup. Siapa yang susah. Orang-orang macam aku nilah yang nak kena tanggung semua tu. kesian kat perempuan. Kecantikan perempuan susah nak diukur dengan pembaris panjang. Terpulang dengan mata yang merenung. Kalau setakat melihat je takkan sedar kecantikan perempuan. Kalau aku, aku tengok kat jari. jari dia canntik tentu yang kat dalam pun cantik. Tapi kalau kat jari pun dah tak cantik jgn harap lah yang kat dalam akan cantik. Tapi perempuan selalu salah sangka. Perempuan akan sibuk-sibuk jaga muka taknak jerawatlah, dia orang tak tahu yang kadang-kadang jerawat tu kalau ada sikit kat muka tu tambah manis. Tapi tidaklah sampai jerawat dah macam jalan berturap tar kat jalan alur bukit bintang yang dah berlubang. perempuan jugak sibuk lah pada dada dia orang lah, bontot kecik lah macam macam lagi. Sibuk dia orang pakai balut nangka warna hitam nak jaga bentuk badan kononnya.
Sebenarnya perempuan itu akan nampak cantik bila ada seorang lelaki yang puji dia cantik. Habis cerita.

Friday, July 4, 2008

Cantk hati, cantiklah rupa.

Bila aku tengok aku suka
Bila tengok lagi tak jemu-jemu
Bila ditenung
Dia akan malu-malu

Orang kata dia cantik
Orang kata dia putih
Orang kata dia baik
Tapi aku kata dia seksi

Mata dia macam kita tengok delima
Berair je macam lepas nangis
Kaca tak dapat nak selindung matanya
Ditenung boleh bergetar jiwa

Kening dia tersusun rapi
Lagi cantik bila dahi berkerut
Nak dibelai dengan jari
Takut dia terasa hati

Kawan sekerja banyak hasad dan dengki
Ada sahaja perkara tak puas hati
Tapi dia tetap buat tak reti
Walau pun airmata selalu menitis dalam hati

Budinya banyak aku terima
Hatinya aku cuba tatangi
Perasaannya susah aku nak rasa
Sayang ku rasa ku simpan dalam hati

Dari mata jatuh ke hati
Dari budi bertukar jasa
Sayang takut untuk dimiliki
Cantik hati cantiklah rupa

Rasa macam baru kahwin.

Aku dah nak masuk 4 tahun aku kahwin. Bini aku kerja best. Gaji besar. Muka pun lawa. Aku ni apa yang ada. Harta dan kekayaan pun takde , harapkan macho je lah. Bini aku kerja kat compony besar kat KL. Aku kerja kerajaan je. Dia bos , aku kuli. Bayangkan lah bukan senang nak control. Kadang kadang aku rasa macam aku pulak report kat dia. Ada je yang tak kena. Angin dia pun boleh tahan jugak. selalu keluar angin lintang je. Kereta Mercedez pun melayang kalau tgh laju ditiup dik angin lintang. Bila angin lintang dia sampai aku layan je sampai satu tahap yang aku boleh bertahan. Tapi kalau angin tu tak berhenti jugak aku pun guna lah kuasa petir aku. Tapi selalunya bila petir dan guruh bunyi baru sekali je, hujan pulak turun. Tu yang lemah tu. Ada satu benda aku pernah ada perbalahan pendapat dgn bini aku. Dia kata Islam adalah agama. Aku kata Islam adalah agama dan cara hidup. Dia tak setuju, maklumlah dia ni masa tu masih tak bertudung lagi. Pakaian pun kalau selagi tak nampak lurah, tak sah. Aku malas nak tegur. Berbuih teh tarik dah mulurt ni tegur supaya berpakaian sopan sikit. Masa tu bila aku sindir suruh pakai tudung, dia jawab kalau nak orang pakai tudung kahwin lah dengan orang pakai tudung. Aku hanya berdoa je lah kat Allah untuk ampunkan dosa isteri aku. Tunjukkan dia jalan kebaikan. Aku pun tak lah baik sangat. Itu yang aku takut tu, dosa aku sendiri pun dah tak tertanggung banyaknya, ni nak kena tanggung dosa isteri pulak.
Alhamdulillah Allah perkenan doa aku. Last month bini aku telah dihantar untuk kursus Bina Insan. Ustaz Zawawi yang menjadi tenaga pengajar dalam kursus tu. Balik je rumah lepas kursus, bini aku terus menangis jumpa aku masa dia tengah dodoikan anak. La aku tanya apa pasal? dia kata dia nak mintak ampun banyak-banyak kat aku. Dia pun akan pakai tudung untuk menutupi aurat. Aku pun senyumjelah. Dalam hati tuhan je yang tahu betapa lega hati aku. Bila aku tanya kenapa tetiba je nak berubah? Dia jawab masa dia dikursus tu, semua peserta telah ditanam dalam lubang kubur untuk merasai alam kubur. Punya lah dia takut masa tu. Bahu hanyir tanah pun ada, gelap takut. Masa di kursus tu lah dia mula nak berubah. Kira aku bersyukur bini aku nak berubah dan aku jugak patut berterima kasih kat Ustaz Zawawi kerana telah berjaya memberi kesedaran kepada bini aku. Hanya Allah yang akan membalasnya. Bila bini dah bertudung ni rasa macam baru kahwin je. Macam dapat isteri baru pulak.

Rasa kahwin baru

Dari P. Ramlee untuk Anuar

Sabar.

Beginikah derita
Hai orang yang bersabar
Dituduh berdusta
Walaupun bercakap benar
Namaku dicemar
Manaku pergi orang tak gemar
Imanku takkan bertukar
Dari menipu biar terlantar
Mengapakah dunia
Hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat
Itulah yang diutama
Sijujur menjadi mangsa
Pandai menipu lekas berharta
Biarkan aku merana
Aku tak rela hidup berdusta
Dimana keadilan
Yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman
Menjadi balasan
Yang lemah ditekan
Yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh Tuhan
Aku serahkan
Tetapkan iman