Monday, July 14, 2008

Untung ada suami.

Suami aku tak kaya! Suami aku tak handsome! Suami aku gatal! Suami aku tak de duit, kerja tak besar! Macam macam lagi maki herdik untuk seorang suami. Tetapi perempuan takk bersyukur dia ada suami. Buruk ke, hodoh ke, cacat ke penipu ke, itu tetap suami dia. Dan dia ada suami. Cuma lah fikir kalau suami takde. Suami mati ke, suami tinggalkan rumah ke, suami ikut perempuan lain ke, suami ceraikan ke. Jangan cakap besar , "aku boleh hidup tanpa suami." Orang yang sudah kehilangan suami tu punyalah susah nak sesuaikan diri dengan keadaan. Masyarakat, keluarga, tanggung anak2, dan ada yang sampai dihina oleh masyarakat dengan gelaran janda dan macam2. Sekarang ni, perempuan kadang2 dia tak fikir pasal dia rasa dia masih muda, masih ada pendapatan sendiri dia boleh carik lelaki lain untuk jadi suami. Cuba lah fikir bila dah tua, sakit , anak pulak tak ingat.Takde seorang pun lelaki yang nak masa tu. Kita akan hidup sorang2 dalam dunia ni bila sakit, tua, tunggu mati.
Kebanyakan isteri akan beri alasan suka-suka je buat affair dgn orang lain."Dia ex boyfriend i lah" Tak pun 'kami hanya kawan'. Allah melarang kita walau pun sekadar mendekatkan diri pada maksiat. Pandai-pandailah wahai isteri-isteri, fikirlah berapa banyak perempuan yang masih menunggu untuk seorang lelaki sebagai suami. Dan kamu yang bergelar isteri orang jgn lah cuba-cuba menduakan suami kamu. Buruk-buruk lelaki itu pun, dia tetap suami kamu. Dan janganlah sesekali terfikir yang suami kamu tak kan tahu perbuatan kamu wahai isteri. Kadang2 suami itu sekadar berdiam diri dan menunggu waktu yang sesuai. Kalau sudah menduakan suami, takkan senang, aman, bahagia dan berjaya hidup seorang perempuan itu.
Aku bercakap bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak. Aku jugak seorang suami. Ya Allah kau lindungi lah isteri dan keluargaku dari perbuatan maksiat ini dan bahagiakan lah hidup kami sekeluarga.


P.s
Allah akan beri cara untuk mencegah kemungkaran.
Tahniah Terengganu kerana berjaya menganjurkan SUKMA.

1 comment:

kasehnoah said...

ada gak suami yg tak hargai isteri ketika memilikinya