Wednesday, July 9, 2008

Hidung mancung

Ada satu awek kat sini. Kira aku setiap pagi akan beri salam sebelum masuk ofis dan dialah antara orang pertama yang menjawab salam aku. Tu yang kalau dia absent tu aku rasa tak sedap je orang yang akan jawab salam aku. Sengal je halua telinga ni. Aku selalu jatuh cinta dengan suara dia. Kira serak serak basah lah jugak. Kadang-kadang macam Ella pulak yang jawab salam aku. Cuma dia ni tak lah semanja ELLa.
Aku pun tak ingatlah umur dia berapa. Tapi aku confirm dia masih single. Dan aku rasa mak dia ada butik baju kot. Setiap hari dia akan bertukar-tukar baju. Cantik baju-baju dia. Tu yang aku suka tu pasal bayangkanlah kalau satu perempuan tu kita dah hafal jenis dan warna baju-baju yang dia akan pakai setiap minggu, tak ke jemu mata. Aku ni memang seorang yang suka kepada benda-benda yang cantik. Agaknya tu yang aku suka tgk awek ni punya collection baju. Warna yang dia pilih pun selalu sesuai dengan dia. Ada satu ketika tu aku jugak tanya pendapat dia berkenaan fesyen tudung.
Walau pun awek ni gila-gila sikit perangai dia, tapi bukan sahaja dia ada collection baju yang cun-cun, tapi jugak collection pakwe yang cun-cun. Aku rasa dia ni memang pandai ayat lelaki lah. Bila pikir-pikir balik aku jealous pun ada. Tercabar rasanya bila awek ni ada banyak pakwe. aku pun nak cariklah makwe banyak-banyak. Tapi bukan senang sebenarnya nak handle banyak orang. Nak handle bini sorang pun nak tergeliat urat saraf. Yang aku puji awek ni adalah sifat jujur dia dengan orang. Kalau orang tu sengal , dia cakap sengal. Klau orang tu macho dia cakap macho. Dan yang boring tu , kalau orang tu macam P. Ramlee dia cakap abang Jamil. Tu kira kena kat akulah tu. Kira okaylah dia panggil aku abang Jamil kalau dia panggil aku S. Kadarisman lagi haru. Lepas ni aku akan merindui awek ni. Rindu pada mulutnya, baju-bajunya, gelagatnya dan Hidungnya yang mancung bak seludang, pipi pauh dilayang. Sepi seorang perindu.

No comments: