Tuesday, July 8, 2008

Perempuan.

Perempuan jika takde disebelah lelaki akan gelaplah dunia sepilah jiwa seorang lelaki. Betul ke? mungkin tak betul pada sesetengah lelaki yang dah tak suka pada perempuan. untuk aku perempuan penting. Kalau pada satu-satu tempat tu semuanya lelaki maka boleh diberi jaminan akan berlakulah pergaduhan melibatkan sepak terajang tetapi jika pada satu tempat tu ada segelintir perempuan akan berlakulah sesekali kisah jatuh hati dan jatuh cinta. Atleast dapatlah dielakkan jatuh tangga kena penerajang. Bagi aku kalau ada perempuan akan selalulah kita menerima harum-haruman minyak wangi yang sedaplah jugak kerongkong ni nak telan. Tapi kalau tanpa perempuan terpaksalah kerongkong ni telan juga haruman kaki, ketiak dan paling menderakan adalah haruman isi perut yang kadang kadang membuatkan kerongkong rasa berputar-putar untuk menelan. Walaupun basi, kelat, loya dan busuk terpaksa ditelan juga. Cuma haruman perut ni kalau keluar, pemiliknya suka berkongsi bersama orang keliling sama rata. Tak kedekut katanya. Bayangkan betapa teruknya azab kalau hidup tanpa perempuan.
Sedih jugak bila terdengar penganiayaan terhadap perempuan. Kadang-kadang lelaki terlupa atau tak menjangkakan bahawa hidup tanpa perempuan haru biru. Lelaki tinggalkan perempuan. Permasalahan ini selalu dikaitkan dengan ego. Padahal sepatutnya lelaki akan suka bila ada beberapa perempuan disampingnya. Tu yang aku hairan tu. Kerana sikap beginilah lagi ramai perempuan yang masih tidak mempunyai pasangan hidup. Siapa yang susah. Orang-orang macam aku nilah yang nak kena tanggung semua tu. kesian kat perempuan. Kecantikan perempuan susah nak diukur dengan pembaris panjang. Terpulang dengan mata yang merenung. Kalau setakat melihat je takkan sedar kecantikan perempuan. Kalau aku, aku tengok kat jari. jari dia canntik tentu yang kat dalam pun cantik. Tapi kalau kat jari pun dah tak cantik jgn harap lah yang kat dalam akan cantik. Tapi perempuan selalu salah sangka. Perempuan akan sibuk-sibuk jaga muka taknak jerawatlah, dia orang tak tahu yang kadang-kadang jerawat tu kalau ada sikit kat muka tu tambah manis. Tapi tidaklah sampai jerawat dah macam jalan berturap tar kat jalan alur bukit bintang yang dah berlubang. perempuan jugak sibuk lah pada dada dia orang lah, bontot kecik lah macam macam lagi. Sibuk dia orang pakai balut nangka warna hitam nak jaga bentuk badan kononnya.
Sebenarnya perempuan itu akan nampak cantik bila ada seorang lelaki yang puji dia cantik. Habis cerita.

No comments: