Friday, July 4, 2008

Rasa macam baru kahwin.

Aku dah nak masuk 4 tahun aku kahwin. Bini aku kerja best. Gaji besar. Muka pun lawa. Aku ni apa yang ada. Harta dan kekayaan pun takde , harapkan macho je lah. Bini aku kerja kat compony besar kat KL. Aku kerja kerajaan je. Dia bos , aku kuli. Bayangkan lah bukan senang nak control. Kadang kadang aku rasa macam aku pulak report kat dia. Ada je yang tak kena. Angin dia pun boleh tahan jugak. selalu keluar angin lintang je. Kereta Mercedez pun melayang kalau tgh laju ditiup dik angin lintang. Bila angin lintang dia sampai aku layan je sampai satu tahap yang aku boleh bertahan. Tapi kalau angin tu tak berhenti jugak aku pun guna lah kuasa petir aku. Tapi selalunya bila petir dan guruh bunyi baru sekali je, hujan pulak turun. Tu yang lemah tu. Ada satu benda aku pernah ada perbalahan pendapat dgn bini aku. Dia kata Islam adalah agama. Aku kata Islam adalah agama dan cara hidup. Dia tak setuju, maklumlah dia ni masa tu masih tak bertudung lagi. Pakaian pun kalau selagi tak nampak lurah, tak sah. Aku malas nak tegur. Berbuih teh tarik dah mulurt ni tegur supaya berpakaian sopan sikit. Masa tu bila aku sindir suruh pakai tudung, dia jawab kalau nak orang pakai tudung kahwin lah dengan orang pakai tudung. Aku hanya berdoa je lah kat Allah untuk ampunkan dosa isteri aku. Tunjukkan dia jalan kebaikan. Aku pun tak lah baik sangat. Itu yang aku takut tu, dosa aku sendiri pun dah tak tertanggung banyaknya, ni nak kena tanggung dosa isteri pulak.
Alhamdulillah Allah perkenan doa aku. Last month bini aku telah dihantar untuk kursus Bina Insan. Ustaz Zawawi yang menjadi tenaga pengajar dalam kursus tu. Balik je rumah lepas kursus, bini aku terus menangis jumpa aku masa dia tengah dodoikan anak. La aku tanya apa pasal? dia kata dia nak mintak ampun banyak-banyak kat aku. Dia pun akan pakai tudung untuk menutupi aurat. Aku pun senyumjelah. Dalam hati tuhan je yang tahu betapa lega hati aku. Bila aku tanya kenapa tetiba je nak berubah? Dia jawab masa dia dikursus tu, semua peserta telah ditanam dalam lubang kubur untuk merasai alam kubur. Punya lah dia takut masa tu. Bahu hanyir tanah pun ada, gelap takut. Masa di kursus tu lah dia mula nak berubah. Kira aku bersyukur bini aku nak berubah dan aku jugak patut berterima kasih kat Ustaz Zawawi kerana telah berjaya memberi kesedaran kepada bini aku. Hanya Allah yang akan membalasnya. Bila bini dah bertudung ni rasa macam baru kahwin je. Macam dapat isteri baru pulak.

No comments: