Wednesday, July 9, 2008

Belakang Tabir Tapi Cun

Aku ada kawan, nak kata kawan pun tak kawan nak kata kekasih pun tak kekasih, nak kata bau-bau bacang pun jauh, nak kata sedara cuma seagama Islam sahaja, pendek kata mak dia lain bapak pun lain. "Cuma dia ni cun". Dia ni memang baik. Kalau dari segi buat kerja memang tak dinafikan bagus. Dia sanggup pulak bekerja lebih masa kadang-kadang sabtu ahad pun dia kerja. Kesian. rasanya orang ambil kesempatan diatas sikap dia yang tak kisah tu." Memang cun" Mentang-mentanglah dia ni single lagi. Tapi aku tahu dia kerja ikhlas. Dari segi performance kerja memang takde komplain. Up to date."Nasib baik dia cun"
Tetapi dia ada satu masalah. Masalahnya dia tak suka expose kerja dia. Dia buat diam-diam kononnya taknak heboh-heboh. Ajak pergi mesyuarat selalu dia tolak. Segan. Kalau orang kata aku bagus buat kerja, sebenarnya pujian tu kerana dia yang bagus buat kerja untuk aku. Kira orang tak nampak kerja dia cuma nampak kerja aku. "Dia memang cun". Mungkin dia suka low profile kerana pada pendapat dia nanti takde lah orang nak dengki kat dia. Maklumlah bila orang kerja bagus sikit nanti ada je orang nak jatuhkan. Aku dari dulu tak berapa setuju dengan pendapat dia. "Tapi dia cun". Aku kata kat dia kita kena jugak tunjuk kebolehan kita pada orang lain. Supaya orang tahu kita berkebolehan. "Nak buat macamana dia memang cun".
Sekarang ni aku dah nak tukar tempat kerja. Dia pulak sedang cuba untuk di jatuhkan oleh kawan ofis dia sendiri yang ' dahla tak cun" tapi pura-pura tunjuk pandai. Manusia ni bila hati dia tak baik, maka dia akan gunakan apa cara sekali pun untuk naik. Termasuklah mencuri fail, buat fitnah, masuk bakul angkat sendiri macam-macam lagi lah. Sehinggakan boleh pakai pulak orang lain untuk tolong niat tak baik dia tu. Macam ni lah yang orang kata dah la tak cun , perangai pulak buruk.
Tapi Allah Maha Kuasa. Aku jamin dan aku berdoa agar kawan aku dilindungi dari segala fitnah dan niat jahat. Sebab apa ? Sebab dia cun.

No comments: