Friday, July 4, 2008

Cantk hati, cantiklah rupa.

Bila aku tengok aku suka
Bila tengok lagi tak jemu-jemu
Bila ditenung
Dia akan malu-malu

Orang kata dia cantik
Orang kata dia putih
Orang kata dia baik
Tapi aku kata dia seksi

Mata dia macam kita tengok delima
Berair je macam lepas nangis
Kaca tak dapat nak selindung matanya
Ditenung boleh bergetar jiwa

Kening dia tersusun rapi
Lagi cantik bila dahi berkerut
Nak dibelai dengan jari
Takut dia terasa hati

Kawan sekerja banyak hasad dan dengki
Ada sahaja perkara tak puas hati
Tapi dia tetap buat tak reti
Walau pun airmata selalu menitis dalam hati

Budinya banyak aku terima
Hatinya aku cuba tatangi
Perasaannya susah aku nak rasa
Sayang ku rasa ku simpan dalam hati

Dari mata jatuh ke hati
Dari budi bertukar jasa
Sayang takut untuk dimiliki
Cantik hati cantiklah rupa

No comments: