Tuesday, July 15, 2008

Suami selalu terlupa

Berat jugat tajuk ni gua nak cerita. Pasal gua pun suami. Memang selalu lah kita dengar suami lah punca sesuatu perpisahan. Gua akui. Sebabnya gua rasa pasal suami dah tak menghargai isterinya. Fitrah lelaki ni memang lah tak pernahnya cukup. Nak lebih, nak yang baru. dia tak perasan yang baru tu semuanya sedap, semuanya cantik. Kalau sifat seseorang lelaki tu melihat kepada kecantikan luaran sahaja, dia kan tak pernah puas. Lelaki selalu tak endahkan kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni maksudnya hati. Kalau seseorang tu sembahyang tunggang tunggik hari-hari pun tapi mempunyai hati yang tak baik, tak guna jugak. Kalau melihat perempuat hanya dengan mata luar sahaja, akan nampaklah kecantikan rupa paras sahaja. Cubalah tengok kecantikan dengan mata hati. Tengoklah perempuan dengan sifat-sifat keibuan, sifat2 isteri, sifat2 kawan sifat amanah. Pada masa kita tengok seorang perempuan kita akam mula suka, lepas tu kita akan mula bercinta, seterusnya kita akan sayang sangat dan akhir sekali bila kita nak buat keputusan untuk menjadikan seorang perempuan itu sebagai isteri perasaan kita akn bertukar menjadi tanggungjawab. Ini yang sepatutnya.
Tapi Allah tu maha kaya. Kita sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari. Kepada isteri yang dianiaya dan ditinggalkan suami percayalah, ada pada satu ketikanya ketika mata terkebil-kebil taknak lelap bekas suami kamu akan jugak teringatkan kebaikan, kecantikan kita yang dulu. Suami macam ni jugak percayalah akan membandingkan kelebihan kamu dengan isteri baru mereka.Bekas2 suami jugak ada ketikanya akan menyesali tindakan mereka. Tapi oleh kerana ego, penyesalan itu tak kemana. Sang suami2 juga akan kadang2 bersedih memikirkan nasib kamu sekarang ni tanpa mereka disisi-sisi. Suami2 ini jugak akan ketawa sendiri bila mengenangkan kenangan manis dengan kamu, Dan tentu sekali suami2 ini akan cemburu bila mengetahui perkembangan kamu yang mungkin dimiliki oleh orang lain kemudian. kenapa? kerana dia akui, disebabkan rasa tidak menghargai kamu maka dia kehilagan kamu. Dan apabila kamu dimiliki oleh orang lain, baru mereka tahu masih ramai yang menghargai kamu, dan ketika itulah akan wujud penyesalan yang paling besar dalam diri mereka, wahai bekas2 isteri diluar sana. Macamana aku tahu? Pasal aku jugak seorang suami. Dengarlah wahai ibu2 tunggal yang berjuang sendirian bahawa Rasullullah mengamanahkan kepada orang mukmin untuk menghargai kamu dan membela nasib mu. Ingatlah setiap usaha kamu untuk membela nasib kamu dan keluarga kamu, setiap peluh yang menitik, setiap airmata kepayahan yang mengalir, setiap duka dek fitnah masyarakat keliling dan setiap inci ketebalan kesabaran kamu akan dibayar ganjaran pahala yang besar disisi Allah. Wallahualam.

No comments: